top of page

KESUBURAN DARI SUMBER ALAM

Menjana Petanian Lestari ke Arah Tropika Baharu

BAJA PETANIAN & PELADANGAN

Pembajaan adalah di takrifkan sebagai makanan tumbuhan yang diperlukan tanaman untuk membesar dan disini kami menawarkan kepada anda keperluan asas makanan tanaman melalui proses fisiologi semulajadi tumbuhan yang amat memerlukan unsur-unsur seperti udara, air dan tanah selain mikrob dan bakteria sebagai bahan pencerna kepada keperluan asas pemakanan tumbuhan.

Teryata tumbuhan sebenarnya tidak memerlukan unsur kimia untuk membesar dengan sihat kerana ianya telah tebukti di dalam kajian para penyelidik Environmental Biotechnology Group (EBG) fakulti pertanian daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) serdang.

Atas dasar inilah kami di World Garage Resources (WGR) yang pada asalnya adalah merupakan graduan inkubasi usahawan tani 2012 mula mengalas cabaran sebagai perintis didalam mengeluarkan hasil-hasil kajian (UPM) EB Group yang mana telah di kenalpasti keberkesanan nya melalui kejayaan penyelidikan bagi dijadikan produk kepenggunaan dalam pasaran untuk menjana ekonomi serta ekologi persekitaran yang sihat melalui medium perusahaan dan perniagaan.

 

bottom of page